LATAR BELAKANG PUSAT INFOSTI@MOSTI PETRAJAYA, SARAWAK
Pusat InfoSTI@MOSTI di Sarawak telah dilancar secara serentak dengan Pusat InfoSTI di Sabah pada 22 Februari 2009 oleh YB Datuk Haji Fadillah Bin Haji Yusof merangkap Timbalan Menteri bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Sebanyak 3 pusat InfoSTI telah diwujudkan di Sarawak iaitu di Kampung Semariang Batu, Pusat Sumber Tun Openg dan Pusat Sumber Masjid Kampung Segedup. Kesemua pusat ini diuruskan oleh sukarelawan yang dilantik dan telah mengikuti latihan Training of Trainer (ToT). 25 orang sukarelawan telah dilatih dan menjalani latihan tersebut. Sehingga kini, seramai 3,056 orang peserta dicatitkan dan telah mengikuti kelas komuniti di pusat InfoSTI@MOSTI Sarawak.
GAMBAR & MAKLUMAT
PUSAT INFOSTI@MOSTI PETRAJAYA, SARAWAK
(i) Kampung Semariang Batu
Rajah 1 : Gambar Pusat
(ii) Pusat Sumber Tun Openg
Rajah 2 : Gambar Pusat
Jadual 2(a) : Alamat Pusat dan Maklumat Pengurus Pusat
(iii) Pusat Sumber Masjid Kampung Segedup
Rajah 3 : Gambar Pusat
Jadual 3(a) : Alamat Pusat dan Maklumat Pengurus Pusat
Jadual 3(b) : Maklumat Peralatan dan Perkakasan di Pusat
MAKLUMAT KELAS KOMUNITI
PUSAT INFOSTI@MOSTI PETRAJAYA, SARAWAK
Ketiga-tiga pusat InfoSTI@MOSTI menjalankan kelas komuniti yang diuruskan oleh sukarelawan. Pengoperasian ketiga-tiga pusat tidak berjalan secara serentak kerana ia bergantung kepada masa, waktu lapang pelajar dan juga jumlah pelajar. Perancangan jadual pembelajaran disusun dan diatur dengan kemas supaya kesemua peringkat umur yang mengikuti kelas dapat mempelajari dan menggunakan kemudahan dengan sebaiknya.
Kelas komuniti yang diadadakan merangkumi pembelajaran seperti Asas Komputer, Asas Internet, AgriBazaar, Asas Pembangunan Laman Web & Asas Keselamatan Siber. Sukarelawan yang dilantik, bergilir-gilir mengajar dan juga menguruskan pusat tersebut.